Holllaaaa semua~
Hari ni nak buat entri throw back.. Hehee.. Kenangan masa lalu yang pergghhhh! Memang best.
Permai-Disember. Cewah!. Macam nak buat karangan tingkatan 5 ja.. Tp memang time ni la,
Semut dan kawan kawan Semut outing ke Permai Rainforest, Kuching.
Memang kurang perancangan nak pergi kat sini. Sebab kalau dah terlampau merancang nanti, tup2 tak jadi, memang frust dan nanges tak berair mata la jawabnya!Hahaa..
Yang perlu dibuat hanyalah: Bincang sekejap, hitung orang yang pergi dan book tempat tinggal. Thats all. Collect duit belakang kira dulu ar. Eksited lebeyyyy~
Ok. Sesampai ja di Permai Rainforest, kami check in.
dan rehat2 di Cabin, boleh check it out di SINI.
Sempat lagi menyenep gambar sebagai kenangan.
Sementara menanti senja melabuhkan tirai, jom main2 di tepi pantai!!! (pssstttt, tepi pantai yang ada air terjun wokeh!)
Area bawah jambatan. (Bawah jambatan ponnn boleh jadi tempat posinggg).. Gambar: copyright abangfaizul |
1.2.3!!Lariiiii~ Gambar: copyright abangfaizul |
Fuuuuuu~ Memang mendamaikan. Mententeramkan jiwa bila di tepi pantai. Love it sooooo much. Titik.
Pabila perut menyanyi dengan merdu sekali, tercari2 pulak tempat makan. Memandangkan package yang kami ambil cuma menyediakan breakfast ja, so terpaksa la keluar dari tempat kediaman.
Nak tau kami makan kat mana?. Haaaa. Ni la tempatnya. Ready2 to snap..
Haaa. Tengok! Semut da tak peduli da kemre tu. Asyik dengan kelapa.. Hihihihi Gambar: copyright abangfaizul |
Gendang gendut tali kecapi, (betul ka ni?), bila kenyang senang hati. Heheee.. Tapi kalu dah terlampau kenyang, susah hati! Sebab semput melanda diri.. Result dari kesemputan itu, Semut tak dapat tido la.. Huhuhu.
Akhirnya, zzzzz juga.
.......
Pagi lagi dah bersiap nak tengok sunrise. Malangnya, cuaca tidak mengizinkan. Malu2 kucing la matahari ni nak keluar. Tau tau ja orang tengok dia...
Yang ni Semut punya gambar.. hihi |
Lepas tu, balik cabin, bersiap nak balik. Sebelum balik, kita breakfast dulu!! Nyum3. Perut pun lapar dah. Apa tunggu lagi, tibai ja.
Check out!
Ok. Itu saja yang boleh Semut kongsi. Actually, Semut dan kawan-kawan dah rancang nak repeat g sini on 27 Jun nanti. Tapi, macam yang Semut kata tadi la, kalau rancang dengan bersungguh-sungguh, kemungkinan tak jadi tu, tinggi! Huhuhu. Ada kursus pulak time tu. Sekarang ni cari masa terluang. Tunggu semua on, jalan.
OK. Kita jumpa di lain masa... Salam mesra dari Sang Semut. :)